Click Here

Tuesday 23 August 2011

Saya syg gemok sy

Memetik: It's bad when you have bridezilla, but when bride and groomzilla unite, be afraid....be very very afraid.

Saya pun hadapi masalah yang sama dalam peringkat awal persiapan saya.
Pada mulanya, saya anggap A memang tak mahu amik tau, tak mahu amik berat, tak berminat nak tolong --dan segala jenis negatif TAK MAHU. Saya bersungguh-sungguh bercerita, dia cuma angguk-angguk sahaja.

Tapi lepas sudah 6 bulan persiapan, saya sedari satu perkara. A bukan tak berminat nak tolong saya, jauh sekali malas nak amik tahu. Tapi rupanya, saya telah bebankan Adengan terlalu banyak maklumat dan info. Setiap hari adalah 10 idea yang berbeza.

Kalau sudah seminggu, sudah ada 70 idea baru!

D pendengar yang sangat bagus. Mungkin pasal tu juga dia memang jarang bercakap dan lebih suka mendengar. Jadi logiknya, sedangkan komputer pun ada had memori, apa tah lagi manusia kan?

Jadi, A biarkan saja saya buat perangai, saya google dan cari semuanya. Dia cuma tunggu diam-diam, tunggu saya sedar diri. Akhirnya, saya sendiri rasa letih dan kembali fokus untuk beberapa pendapat baru, berbanding saya humban kesemua idea pada dia tanpa saya hadam dahulu.

Kalau dulu, saya yang tetapkan tarikh bila nak jumpa vendor, bila nak itu, bila nak ini, akhirnya kini saya dan A dapat buat keputusan bersama-sama. Kadang-kadang, A yang ingatkan saya untuk buat sekian-sekian.

Saya perasan satu perkara tentang A; A lebih selesa bekerja atau buat satu tugasan itu berdasarkan jadual yang ditetapkan. Jadi dari situ la saya cipta Senarai Semak saya. Mungkin kalau saya cakap sahaja, A tak dapat bayangkan, tapi lepas ada senarai semak ni, dia boleh dapat gambaran lebih jelas tentang aktiviti dan bulan tamat, malah dia dapat bagi komen dan pendapat. Mungkin dia rasa merancang majlis kami sudah macam menyediakan drawing kat pejabat dia kot, ada tarikh date line. hihi.

Pada pendapat saya, setiap bakal pengantin lelaki, ada cara nak pujuk mereka untuk bergerak! Cuma terpulang pada kita nak cari titik permulaannya bagaimana.

Walaupun biasanya pengantin perempuan adalah tumpuan majlis, tetapi kita jangan lupa istilah "There is no I in We".


*ni sy copy dr blog org laen.... tp lupe sape pny..

No comments:

Post a Comment