sebentar lagi anda akan diberitahu mengenai apa yang cuba disampaikan oleh arnab anda…. dalam MARI BELAJAR BAHASA ARNAB
- Mengerik gigi yang lembut – Bermakna arnab anda HAppy ( biasa ketika anda mengusap di bahagian kegemaran; seperti dipipi, dahi atau belakang telinga.

- Bunyi nafas seperti berbisik – arnab anda Happy
- Menghentak kaki belakang – ia takut, rasa terancam, marah, dan mungkin juga terlalu gembira.. biasanya selepas lama dikurung dan dilepas keluar dari sangkar
- Berderam, mengeram, berdesir – ini menandakan arnab anda sedia untuk menyerang, gigit atau cakar. jangan ganggu dan biarkan sahaja

- menjerit dengan kuat – bermakna dia dalam ketakutan yang teramat sangat atau kesakitan, DENGAN SEGERA perhatikan mereka.
- Honking ( bunyi seperti angsa) - inginkan perhatian atau meyampah dengan kehadiran anda.

- Mencium anda dengan perlahan - ia menyambut kehadiran anda dan minta perhatian

- Berlari berpusing pusing dan melompat tinggi (Binky) – terlalu gembira

- Chinning (mengusap dagunya) – cara arnab menandakan haknya, termasuk anda
- mengerakan rahang sepeti menguyah – dia sedang relex
- makan najis – jangan hairan arnab anda tidak apa apa, ini adalah cara semulajadi arnab mengambil nutrien
- menaikan pungung dan ekor – dia menyahut seruan alam.. nak kencing lah tuu
- berlari mengelilingi anda – ia tertarik kepada anda, jika arnab anda bleum dikembiri, ini adalah cara arnab menyatakan anda adalah teman yang sesuai.

- menarik baju anda, meletakan kaki hadapan pada anda, atau melompat keatas riba - minta perhatian

- cuba menyerang – dengan jelas dia tidak suka kehadiran anda
- jika ia berlari kesana sini – ia menikmati kebebasannya
- Jika ia mengigit ketika anda sedang melakukan rutin lain – ia inginkan perhatian ( jangan marah… gigitan arnab memang sakit. Tapi arnab tidak tahu)

- Jika arnab anda bergerak menjauhi anda – dia masih was was dengan anda dan mungkin merajuk. Cuba usap dahi dan telinganya dan mungkin berikan ia treat
- arnab jantan atau betina anda cuba mengawani kaki anda – menandakan dominasinya .. anda adalah haknya
- Jika arnab mempunyai sepasang arnab, dan yang jantan mula mendegus, ini menandakan ia bersedia untuk megawan

- Jika arnab ada terdiri daripada dua jantina yang sama, dan mengelilingi sesama sendiri, itu adalah permulaan pergaduhan… asingkan sebelum ada yang mati atau cedera
- Jika arnab betina yang belum dikembiri mula mengumpul daun daun, kertas , atau mencabut bulu ini tandanya ia akan melahirkan . Tujuan pengumpulan daun dan mencabut bulu adalah untuk membuat sarang.
- Jika arnab anda kelihatan dalam keadaan cuba mengawan tetapi di bahagian kepala arnab lain, ini cara ia mengatakan.. I’m The boss…. awasi kerana mungkin terjadi pergaduhan.

- Arnab anda termenung atau mogok tak mahu makan dan minum- ambil perhatian arnab anda mungkin sedang sakit

- terbalikan bekas makanan dan minuman – bermain ( ia ingin jadikan bekas tersebut sebagai permainan) atau protes tunjuk perasaan /minta perhatian
- perbuatan seperti mengali tanah dan mengaru garu lantai, hujung sudut sangkar – ini sifat semula jadi arnab yang memang tidak dapat dibuang ia seperti sedang Mengali Tanah

No comments:
Post a Comment