Click Here

Tuesday 23 August 2011

Hanya Renungan

Kita sering mendengar orang merungut, terutama sekali mereka yang tidak bernasib baik dalam kehidupan, tentang kehidupan tidak berlaku adil kepada mereka.
Mereka sentiasa merungut tidak mempunyai itu dan ini, merungut kepada orang lain kerana orang lain mempunyai sesuatu, merungut kepada pemimpin kerana menganggap mereka ketinggalan atau ditindas malah lebih mengecewakan apabila mula merungut kepada Tuhan kerana memberikan kehidupan yang malang.

Hakikatnya, walaupun ramai yang tidak mahu mengakuinya, kehidupan memang tidak adil, jadi biasakan diri anda! Tetapi ini tidak bermaksud Qada dan Qadar tidak adil atau Tuhan sengaja menyeksa hambaNya. Kita tidak perlu berbicara tentang kerja Tuhan, itu hakNya.

Apa yang ingin disentuh ialah rungutan demi rungutan apabila kita bernasib tidak baik. Sudah tentu hampir semua kita ada merungut kerana kehidupan kita yang kadang-kadang malang. Kematian, kebakaran, bencana alam, kemiskinan dan sebagainya. Realitinya, sama ada mahu mempercayainya atau tidak, kehidupan memang tidak adil bagi mereka yang mengharapkan sesuatu yang tidak ditakdirkan kepada mereka.

Mahu tidak mahu, kita perlu menyesuaikan diri kita untuk mengurangkan kekurangan yang ada dalam kehidupan kita. Ya, memang kita kekurangan wang berbanding golongan kaya yang lain tetapi jika asyik merungut sepanjang masa dan tidak berusaha, ia sama seperti tidak berusaha untuk mengubah diri sendiri untuk sekurang-kurangnya lebih baik dari keadaan sedia ada. Dan ya kita mungkin tidak dapat menjadi sekaya golongan tertentu tetapi sekurang-kurangnya kita boleh menjadi lebih banyak duit berbanding orang di sekeliling kita.

Kita sememangnya tidak akan dapat menjadi yang terbaik, terkaya atau sebagainya tetapi kita boleh menjadi yang lebih baik dari rakan-rakan kita, ahli keluarga kita atau orang di sekeliling kita.

Sebagai contoh, ada satu cerita di mana si A belajar berenang bersama dengan beberapa rakannya. Selepas beberapa bulan, si A mulai berenang lebih pantas berbanding rakan-rakannya sehingga guru mengajar berenang berkata: “Kamu semakin laju sehingga boleh mengalahkan ikan jerung.”
Tetapi si A ini berkata: “Tidak, saya tidak akan dapat mengalahkan jerung tetapi saya boleh berenang lebih pantas daripada rakan saya sekiranya kami dikejar jerung!”

Jadi di sini kita boleh mendapat iktibarnya, walaupun cerita di atas nampak melucukan. Namun secara realitinya, jika dia berenang lebih pantas dari rakannya, bermakna dia berjaya mengelak menjadi mangsa ikan jerung. Dia tahu dia memang tidak dapat berenang sepantas jerung tetapi dia boleh berenang lebih pantas dari rakannya. Realitinya di sini, tetapi dengan berusaha lebih baik (belajar berenang lebih pantas) daripada rakan-rakannya, dia menyelamatkan dirinya menjadi mangsa jerung. Logik bukan.
Kita tidak akan menjadi yang terbaik dalam semua usaha yang kita lakukan, melainkan anda benar-benar bernasib baik, tetapi ia lebih baik daripada kita terus merungut dan merungut dengan sesuatu yang bukan milik kita atau ditakdirkan untuk kita.
Kerana itu kita kena sesuaikan diri dengan persekitaran ini dan jadikan kekurangan itu sebagai usaha untuk bergerak ke hadapan, bukan hanya terus merungut kerana ia tidak akan mengubah apa-apa selain dari menyakitkan hati anda sendiri. Kalau terlalu banyak merungut sehingga menyakitkan hati, boleh membawa kepada penyakit jugak tu!

~copy dr mane nth dl... da lama sgt smpai da lupe. sy da tua ke???br 24, muda lg..

No comments:

Post a Comment